Monday, September 7, 2009

(Sempena Roadshow Palestine NZ 2009)


NEGERI PERPADUAN

Lupakan tentang perbezaan ideologi dan perkauman

Kerana hari ini

Aku mahu berbicara tentang negeri perpaduan.

Negeri perpaduan ini adalah;

Negeri kita pijak

Negeri jejak kita bertapak

Negeri kita bernaung

Negeri taat setia kita junjung.

Negeri perpaduan ini adalah;

Yang kita pahat kasih di hati

Yang di mata kita lihat cantik dan suci

Yang kita benarkan semua yang benar belaka

Yang kita simpan semua yang dusta

Yang apabila terpisah kita satukan

Yang apabila jauh kita dekat-dekatkan

Yang apabila dekat kita erat-eratkan

Yang apabila bersatu kita bercerai roboh kita laungkan!

Negeri perpaduan ini menolak;

Rasa curiga

Buruk prasangka

Janji pendusta

Berpaling muka

Salah menyalah

Fitnah memfitnah.

Aku yakin bila kita berpadu

Kalau pun ada igauan di kiri kanan, kita sedarkan

Kalau pun ada retorik menyungkup pandang, kita celikkan

Kalau pun ada pepohonan ego yang menghalang, kita tumbangkan.

Aku yakin kalau kita berpadu

Kasih kita takkan terbelah

Kasih kita terangkul dalam sejarah.

Marilah bergandingan

Di bawah negeri perpaduan.

1 comment:

  1. hm. kalo takde fitnah memfitnah, dusta mendusta ni.. hidup tak berseri.
    negeri perpaduan?
    perlukah?
    apa rasanya bila semuanya sama. semuanya kita sama2 turuti...

    hancur juga akhirnya.
    mungkin...

    ReplyDelete