Sunday, September 27, 2009

Atok sayang.




ya Allah ya Tuhanku


ampunilah
rahmatilah
dan maafkanlah arwah.

ya Allah ya Tuhanku

muliakanlah pemergiannya
lapangkanlah tempat masuknya
dan mandikanlah arwah dengan air, salji, dan embun.

ya Allah ya Tuhanku

bersihkanlah arwah daripada dosa-dosa
sepertimana kain yang putih, yang bersih daripada segala kekotoran
gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya yang terdahulu
gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada yang terdahulu
peliharalah arwah daripada seksa kubur dan azab api neraka.

p/s: Kalian yang membaca, doakan untuk arwah atok saya ya.Terima kasih.


Monday, September 21, 2009

pergi jauh-jauh!



1 syawal 2009.

10.40pm.


cik angan-angan

pergi jauh-jauh.
jangan kembali lagi.

GO AWAY please........!

Saturday, September 19, 2009

eid mubarak 2009



Photobucket



For any of my wrong doings, I seek for your forgiveness.



Wishing you HAPPY EID MUBARAK folks.

Wednesday, September 16, 2009

Terhantuk?Padan muka!

buta dalam cahaya?
lupa tika bahagia?

ah.manusia.
esok-esok dah terhantuk, baru nak tengadah!

PADAN MUKA.

Tuesday, September 15, 2009

Rindu

hati ini rindu
ingin kembali bertemu.


SABAR je lah.

Monday, September 14, 2009

Kosong.

24 ramadhan.
2009.
jam 6.26am.

kosong.empty.
banyak buang masa.
rugi.

sudah-sudah lah.

Monday, September 7, 2009

(Sempena Roadshow Palestine NZ 2009)


NEGERI PERPADUAN

Lupakan tentang perbezaan ideologi dan perkauman

Kerana hari ini

Aku mahu berbicara tentang negeri perpaduan.

Negeri perpaduan ini adalah;

Negeri kita pijak

Negeri jejak kita bertapak

Negeri kita bernaung

Negeri taat setia kita junjung.

Negeri perpaduan ini adalah;

Yang kita pahat kasih di hati

Yang di mata kita lihat cantik dan suci

Yang kita benarkan semua yang benar belaka

Yang kita simpan semua yang dusta

Yang apabila terpisah kita satukan

Yang apabila jauh kita dekat-dekatkan

Yang apabila dekat kita erat-eratkan

Yang apabila bersatu kita bercerai roboh kita laungkan!

Negeri perpaduan ini menolak;

Rasa curiga

Buruk prasangka

Janji pendusta

Berpaling muka

Salah menyalah

Fitnah memfitnah.

Aku yakin bila kita berpadu

Kalau pun ada igauan di kiri kanan, kita sedarkan

Kalau pun ada retorik menyungkup pandang, kita celikkan

Kalau pun ada pepohonan ego yang menghalang, kita tumbangkan.

Aku yakin kalau kita berpadu

Kasih kita takkan terbelah

Kasih kita terangkul dalam sejarah.

Marilah bergandingan

Di bawah negeri perpaduan.

Friday, September 4, 2009

Palestine Roadshow!



ada apa di Auckland???





Photobucket




Photobucket


AMAN


Kalau sayang?

Kita timang-timangkan.

Kalau benci?

Kita letak jauh dari pandangan.

Kalau rajuk?

Kita pujuk.

Kalau malu?

Kita jeling-jelingkan.

Kalau marah?

Kita gurau sendakan.

Kalau salah?

Kita maafkan.

Kalau berjanji?

Kita kotakan.

Kita lerai semua kepincangan

Kita jalin perpaduan

Barulah aman!


10 waterloo quadrant
4 september 2009.
(pertandingan menulis sajak Palestine Roadshow NZ 2009)





p/s: Pesta ibadah sedang rancak!