Aku berfikir tentang diri.
Sendiri.
Sepi.
Aku berfikir lagi, diam termangu.
Berfikir ;
Tentang siapa aku.
Tentang apa yang aku mahu.
Tentang apa yang aku tahu.
Tentang apa sumbangan aku.
Tentang buruk baik aku.
Tentang setiap ruang yang ada aku.
Aku introspeksi diri aku !
Baik kah aku ?
Tidak, sudah tentu !
Baik itu relatif.
Sangat subjektif.
Sangat peribadi.
Ya, sangat peribadi.
Oh Tuhan !
Diri aku ini, tangannya banyak maksiat !
Mulut aku ini, bicaranya banyak maksiat !
Mata aku ini, pandangannya lagi banyak maksiat !
Hati aku ini, juga aku nodai dengan maksiat !
Aib sungguh !
Oh Tuhan !
Aku mahu bangun dari tidurku selama ini.
Aku mahu jaga dari nyenyak mimpi.
Aku mahu basuh hati dengan tangisan di pipi.
Oh hati yang tak dapat aku bohongi,
Kerana lalainya aku, kau aku zalimi.
Aku berjanji untuk memperbaik diri,
Mencari redha Illahi.
aku dan aib sendiri,
9.00pm
bilik sepi.
p/s:
Kalian yang membaca, Imam Hasan Al Bashri dalam kalamnya (ucapannya) menyatakan bahawa;
Aku cuma ingin berkongsi.
Semoga perkongsian ini memberi erti.
Allah lebih mengetahui.
Sama-sama muhasabah diri.
saye suke! =)
ReplyDeleteBaik itu relatif. tepat dan jitu sekali. Baik bukan sekadar luaran tapi juga dalaman. sama2 memperbaiki diri selagi masih ada ruang kurniaan-Nya. Hati hati menjaga hati, jgn lagi dinodai. insyaALLAH.
aduh...first time bace melayu tp x paham.hahahah
ReplyDeleteaida:insyaAllah...:)
ReplyDeleteisya:adus....parok ginih gok...haha
bersama kite meperbaiki dan memperbetulkan diri...
ReplyDeleteinsyaallah..
ReplyDeleteperkongsian ini memberi erti.sungguh.
ReplyDeletetertutupnya aib diri..adalah nikmat Illahi..
ReplyDeleteyang mungkin terkadang..kita terlepas pandang..
renungilah sedalamnya..ada hikmah disebaliknya..
~Dia berjanji pada hamba akan menutup aib hambaNya dan menaikkan darjat hambaNya bukan hanya di sisiNya bahkan makhluk sekaliannya jika sekiranya kita jadi hamba yg sebenar2nya hanya pada Dia~
~kawan lame~
tengku fir,ein,nor:thanks.insyaAllah.
ReplyDeletekawan lama:sama2 doa moga terus dekat ngn Dia.diri ni selalu lalai.huhu.
salam meezan.
ReplyDeleteakak 1st time buka blog awak.
akak suka most of ur writings..
smg allah bg kekuatan utk jadi lebih baik dr semalam.