Aku berfikir tentang diri.
Sendiri.
Sepi.
Aku berfikir lagi, diam termangu.
Berfikir ;
Tentang siapa aku.
Tentang apa yang aku mahu.
Tentang apa yang aku tahu.
Tentang apa sumbangan aku.
Tentang buruk baik aku.
Tentang setiap ruang yang ada aku.
Aku introspeksi diri aku !
Baik kah aku ?
Tidak, sudah tentu !
Baik itu relatif.
Sangat subjektif.
Sangat peribadi.
Ya, sangat peribadi.
Oh Tuhan !
Diri aku ini, tangannya banyak maksiat !
Mulut aku ini, bicaranya banyak maksiat !
Mata aku ini, pandangannya lagi banyak maksiat !
Hati aku ini, juga aku nodai dengan maksiat !
Aib sungguh !
Oh Tuhan !
Aku mahu bangun dari tidurku selama ini.
Aku mahu jaga dari nyenyak mimpi.
Aku mahu basuh hati dengan tangisan di pipi.
Oh hati yang tak dapat aku bohongi,
Kerana lalainya aku, kau aku zalimi.
Aku berjanji untuk memperbaik diri,
Mencari redha Illahi.
aku dan aib sendiri,
9.00pm
bilik sepi.
p/s:
Kalian yang membaca, Imam Hasan Al Bashri dalam kalamnya (ucapannya) menyatakan bahawa;
Aku cuma ingin berkongsi.
Semoga perkongsian ini memberi erti.
Allah lebih mengetahui.
Sama-sama muhasabah diri.